Sunday, January 15, 2012

Red Velvet Cake

RVC edisi muffin

Percubaan pertama sya...kek ni mmg enak dan gebu...Warna kek pun merah dan tentu kebykan tertya2 kek apa ni? Ni la Red Velvet Cake.. 

Anak2 sgt suka makan kek ni termasuk sya..so dlm masa 2 hari berturut sya buat kek ni...




Bahan-bahan ( 9 inci / 23 cm )  
Terima kasih pada Tuan pya resepi yg sya ambil dr my resepi ila ahmad...

•2 1/2 cwn (250gm) tepung gandum
•1 SK garam
•2 SB sebuk koko
•1/2 cwn mentega
•1 1/2 cwn gula
•2 biji telur
•1 SK esen vanila
•1 cwn susu segar (dicampur dgn perahan 1 SB lemon dan dibiarkan 5 minit)- sya guna full krim milk dutch lady
•2 SB pewarna merah (resepi asal) tapi saya cuma letak 1 SB pewarna je..so warna dia kurang merah
•1 SK cuka
•1 SK baking soda

•BAHAN TOPPING
•250gm cream cheese, 30 gm mentega, 1 SB perahan lemon, 1 SB esen vanila dan 1 SB susu segar.



Cara-cara
1.Ayak tepung, garam dan sebuk koko . ketepikan.
2.Pukul mentega hingga lembut (1- 2 min). Tambah gula dan pukul hingga ringan (2-3 min).
3.Masukkan telur satu persatu dan tambah esen vanila. Pukul semula hingga sebati.
4.Masukkan susu, pukul dengan kelajuan sederhana dan masukkan bahan tepung, garam dan sebuk koko yg telah diayak.
5.Masukkan pewarna merah.
6.Dalam mangkuk kecil, campurkan bhn cuka dan baking soda(biarkan berbuih dan tuang ke dalam adunan kek . kacau sebati menggunakan senduk.
7.Bakar 170 C selama 25-30 (bergantung pada oven masing-masing. (SYA BAKAR 170 C 55 MIN DLM LOYANG) klu guna muffin cups 170 c 20min guna api atas bwh...

8.sejukkan dan hias dengan cheese cream topping.

9.CREAM CHEESE TOPPING
10.pukul cream cheese dan mentega hingga lembut dan gebu. campurkan perahan lemon dan esen vanila.
11.sapukan pada keseluruhan kek dan boleh hiaskan dengan serbuk koko dan badam hancur atau mengikut selera masing2.


Topping sya dlm gmbar tu mguna kan gula aising


4 SB mentega/butter
1 SB esen vanilla
2 SB perah lemon
1 SB susu full cream milk
4 SB gula aising


Putar smua bahan smpi gebu dan lembut
Simpan adunan aising ni dlm peti sejuk sekejap smentara kek siap...
Bila kek sejuk da bole sapu atau guna piping bags je.
Lepas sapu krim tu simpan sekejap dlm peti sejuk 15 min....pstu da bole makan..


Selamat mcuba









































1 comment:

  1. Alhamdulillah kalau anak2 suka, tak perlu ibuayah beli kat luar.

    ReplyDelete